Parti Komunis Moldavia

Parti Komunis Moldavia
Partidul Comunist al Moldovei
Ditubuhkan1940
DibubarkanOgos 1991
Didahului olehJawatankuasa Wilayah Moldavia Parti Komunis Ukraine
Ibu pejabatChişinău
IdeologiKomunisme
Marxisme-Leninisme
Nasionalisme Moldova
Penggabungan kebangsaanParti Komunis Kesatuan Soviet
Warna     Merah
Politik Moldova
Parti politik
Pilihan raya

Parti Komunis Moldavia (Bahasa Romania: Partidul Comunist al Moldovei, PCM; Cyrillic Moldova: Партидул Комунист ал Молдовей; Bahasa Rusia: Коммунистическая партия Молдавии) adalah parti pemerintah dan satu-satunya parti politik sah di RSS Moldavia, dan salah satu daripada lima belas parti peringkat republik yang membentuk Parti Komunis Kesatuan Soviet (KPSS) sehingga kejatuhan Kesatuan Soviet pada 1991. Ketika Perang Dunia II, parti itu adalah kekuatan penggerak penentangan Moldova terhadap penjajahan Paksi.

Pada tempoh Perestroika, yang telah menyaksikan populariti parti semakin merosot, ia juga berdepan dengan rusuhan November.[1][2] Pemimpin parti Semion Grossu digantikan dengan Petru Lucinschi pada 16 November 1989.[3]

Pada 27 Ogos 1991 Moldova mengisytiharkan Kemerdekaan dan riwayat Republik Sosialis Soviet Moldavia berakhir; tidak lama selepas itu, Parti Komunis dilarang bersama dengan semua pertubuhan komunis yang lain. Pada 7 September, Parlimen Moldova mencabut larangan aktiviti berkaitan komunis.

  1. ^ "Ion Costaş: 7 APRILIE 2009 NE AMINTEŞTE DE 10 NOIEMBRIE 1989" (dalam bahasa Romania). BasarabiaLiterară.ro. 28 Februari 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Ogos 2012. Dicapai pada 21 Mac 2012.
  2. ^ "Igor Cașu, Chişinău 7 noiembrie 1989: "Jos dictatura comunistă!"" (dalam bahasa Romania). Radio Free Europe. 7 November 2009. Dicapai pada 21 Mac 2012.
  3. ^ Publika TV, File din istorie: 1989 - anul anti-7noiembrie la Chişinău (dalam bahasa Romania)

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search